RSS

Monday, April 9, 2012

HARI PROFESIONALISME MGC PASIR GUDANG 2012

Setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan syabas diungkapkan buat semua guru Cemerlang, khususnya buat AJK tertinggi, atas usaha mereka merealisasikan Hari Profesionalisme Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang baru-baru ini. Program telah berlangsung di Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam pada 5 April 2012 yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kami tujukan khas buat Puan PPD, Pn Hjh Fatimah Binti Ahmad kerana telah sudi merasmikan program kami, dan seterusnya beramah mesra dengan ahli-ahli Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang. Keprihatinan beliau amat kami hargai.

Banyak input yang telah kami peroleh sepanjang program sehari itu berlangsung. Salam perkenalan juga kami tujukan buat rakan-rakan GC yang baru. Semoga jalinan kita dalam memastikan kecemerlangan akan berterusan.

No comments:

Post a Comment