RSS

Sunday, July 11, 2010

PELANCARAN BLOG SEMASA PERSIDANGAN




Alhamdullilah, akhirnya blog yang kami usahakan bermula dari awal tahun 2010 selamat dilancarkan, dengan upacara pelancarannya disempurnakan oleh Tn Hj Sufa'at B Tumin, Pengarah Pelajaran Johor pada 2 Julai 2010 di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor. Terima kasih tuan atas kesudian melancarkan blog berkenaan, sekaligus merealisasikan impian dan harapan kami untuk mewujudkan rangkaian blog MGC setiap daerah dalam negeri Johor ini. Rasanya usaha kami dalam kesibukan tugas seharian amat berbaloi kerana hasilnya yang begitu membanggakan. Syabas dan terima kasih diucapkan buat En Ismail B Yon yang telah menjadi pencetus idea kepada usaha ini, kerana tunjuk ajar beliau telah menambah ilmu kepada kami khususnya dalam bidang ICT ini.

Terima kasih daun siantan,
Budi tuan menjadi ingatan.

Terima kasih sidaun tanjung,
Budi tuan sentiasa disanjung.

Syabas kepada MGC Johor atas usaha ini, semoga 'Kecemerlangan Berterusan'.

Friday, July 2, 2010

TAMATNYA PERSIDANGAN MGC JOHOR 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor amnya, dan Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang khasnya, kerana telah berjaya mengendalikan satu Program Persidangan Majlis Guru Cemerlang peringkat negeri yang begitu besar dengan jaya dan lancarnya. Banyak input yang telah dapat dikongsi bersama sepanjang 2 hari kita berkampung di Hotel Selesa, Pasir Gudang ini. Semoga input yang kita terima nanti diharap dapat diaplikasikan. Insya Allah jika dipanjangkan usia kita bertemu lagi di Kota Tinggi pada tahun hadapan.