RSS

Monday, March 29, 2010

PERSIDANGAN MGC NEGERI JOHOR 2010

MAKLUMAN AWAL
PERSIDANGAN YANG TERSEBUT AKAN DIJALANKAN PADA
TARIKH : 22 - 23 APRIL 2010
HARI : KHAMIS - JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI KHAMIS (PENDAFTARAN)
TEMPAT : DEWAN SUASANA, HOTEL SELESA PASIR GUDANG
BAYARAN : RM120 (PERUNTUKAN DARIPADA JABATAN TIDAK DAPAT DIPEROLEH ATAS
DASAR BERJIMAT-CERMAT YANG SEDANG DILAKSANAKAN SEKARANG)

SETIAP DAERAH DIMINTA MENGHANTAR 10 ORANG WAKIL YANG TERDIRI DARIPADA GURU-GURU DARI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. ATURCARA PROGRAM KITA BOLEH DIKATAKAN AGAK PADAT, OLEH ITU DIHARAPKAN SEMUA PESERTA PERSIDANGAN DAPAT MEMANFAATKAN SETIAP INPUT YANG TELAH DIATURKAN. SELAMAT DATANG DAN BERSUA KEMBALI DI PERSIDANGAN NANTI.

Saturday, March 6, 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH PERTEMUAN






Akhirnya tamat sudah kursus pembinaan blog yang kami ikuti sejak dari mula. Dengan tamatnya kursus ini maka lengkaplah sudah laman blog MGC untuk negeri Johor sebagaimana yang kami semua idamkan. Namun usaha murni kami ini insya Allah akan kami terus murnikan lagi agar segala info terkini dapat dinikmati oleh semua guru dalam daerah kami sendiri mahupun dalam negeri Johor ini. Terima kasih kepada En Ismail b Yon atas usaha gigih beliau membimbing kami dari awal hingga akhirnya dalam merealisasikan harapan kami. Terima kasih juga kepada En Jasni dari Sektor Pengurusan Sekolah yang nampaknya begitu teruja dengan hasil yang kami semua usahakan. Terima kasih tuan atas sokongan padu, yang kami pasti akan menjadi suntikan semangat bagi meneruskan blog yang telah dibina ini.

Thursday, March 4, 2010

Wednesday, March 3, 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG FASA 2





Kursus Lanjutan Pembinaan Laman Blog Fasa 2 telah diadakan di PSPN negeri Johor pada 4 dan 5 Mac 2010. Dalam kesibukan dengan tugasan harian yang begitu mendesak kami gagahi juga menghadiri kursus ini. Sememangnya kehadiran kami membawa seribu makna dalam meneroka era teknologi yang semakin canggih ini.

AJK TERTINGGI MGC NEGERI JOHOR



WAJAH-WAJAH PENERAJU MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR

29 FLAGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR










29 FLAGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i - Pengetua.
ii- Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas

BERMULANYA DI SINI


Dalam kesibukan menghadapi sesi awal persekolahan, Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang, mula merancang untuk melaksanakan tugas-tugas awal perancangan persidangan, setelah diberi tanggungjawab selaku penganjur oleh jawatankuasa tertinggi peringkat negeri. Semoga usaha kami akan membuahkan hasil.

SEMINAR PROFESIONALISME MGC 2009


Satu seminar yang melibatkan semua guru cemerlang daerah Pasir Gudang telah diadakan pada 21 November 2009. dalam seminar semua guru cemerlang telah berpeluang untuk berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Turut hadir dalam seminar ini ialah En Supiandi b Sufa'at, Penolong PPD, yang berkebetulan turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada tarikh yang sama.

AHLI JAWATANKUASA MGC PASIR GUDANG 2009 /2011

PENAUNG : PN HJH SAADIAH BINTI SAID (PPD)
PENASIHAT : EN MUHAMAD BIN MAHMUD (PEN PPD TEKNIK DAN VOKASIONAL)
PENGERUSI : EN KHOO BOO KHOON
NAIB PENGERUSI : PN HJH MASULANG BINTI ABD RAHIM
SETIAUSAHA : EN MOHD ERMY BIN MOHD KASAH
NAIB SETIAUSAHA : PN FAUZIAH BINTI ISMAIL
BENDAHARI : PN HJH RASHIDAH BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA :
EN MOHD NAZRI BIN SAMAD
PN MAZALIZAN BINTI SALIM
PN ASMAH BINTI TAYEB
PN ROSMINI BINTI MAHMOOD
PN RAMILAH BINTI KARIM
PN ANITA BINTI AHMAD
PN ABIANA BINTI JA'AFAR
PN AZILA BINTI SEDI
PN NORASHIDAH BINTI ARIS
PN LAI LEE CHUNG
PN ROHAYATI BINTI JEMANI
EN T. PANNIR SELVAM
JURUAUDIT :
PN NORAZFAHANI BINTI JAMALUDDIN
EN ROSDI BIN GHANI