RSS

Saturday, January 29, 2011

PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Bengkel pembinaan modul pembelajaran dan pengajaran peringkat pertama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah telah berjaya dilaksanakan pada 27 Januari yang lalu. Sehubungan dengan itu pemurnian modul ini akan dijalankan pada 10 Februari akan datang. Namun begitu, telah berlaku perubahan masa. Pada asalnya pemurnian ini akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi. Namun disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, maka perjumpaan bagi pemurnian modul ini akan dijalankan dari 2.00 hingga 4.30 petang. Kerjasama daripada semua rakan GC dapat memaklumkan perubahan ini kepada rakan-rakan GC yang lain. Tempat perjumpaan ditetapkan di SMK Taman Rinting 2. Harap maklum.

Friday, January 28, 2011

MAKLUMAT TERKINI - TINDAKAN SEGERA

Salam,Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Negeri Johor, diharap dapat merujuk blog Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan JNJK. Pautan berikut boleh dirujuk :
http://jnjkjohor.blogspot.com/

PERHATIAN BUAT SEMUA GURU CEMERLANG DAERAH PASIR GUDANG,

Sila isikan borang maklumat peribadi GC sebagaimana yang terpapar pada blog MGC Negeri Johor. Borang boleh dimuat turun melalui laman web yang tertera. Harap Maklum.

Thursday, January 20, 2011

PERADUAN MENULIS SASTERA KREATIF 2011

Cerpen

Anjuran

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

Tarikh Tutup: 31 Mac 2011


SYARAT DAN KETERANGAN PERADUAN

1. Nama Peraduan

Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Kategori Cerpen)


2. Objektif

2.1 Untuk meningkatkan mutu penulisan kreatif dalam kalangan Guru Cemerlang khususnya penulisan cerpen, dan seterusnya menggalakkan Guru Cemerlang supaya sentiasa gigih berkarya.

2.2 Untuk meningkatkan bilangan penulis yang benar-benar berminat dan cekal menulis cerpen bermutu sehingga dapat menerbitkan karya masing-masing.


3. Syarat-syarat Penyertaan

3.1 Penyertaan terbuka kepada semua Guru Cemerlang di Malaysia.

3.2 Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Negeri. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu.

3.3 Cerpen hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah sekitar 2500 – 3500 perkataan atau 12 – 14 halaman kertas A4.

3.4 Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.

3.5 Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.


4. Definisi dan Tema

4.1 Dalam pengertian yang umum, cerpen dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa.

4.2 Tema adalah bebas tetapi sesuai untuk bacaan para guru, bakal guru, para pelajar dan pembaca umum serta tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

5. Penghakiman

Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.

6. Hak Penerbitan

Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas karya-karya yang berkenaan. Karya yang dihantar menyertai peraduan tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.

7. Penulisan

Karya hendaklah bertaip (komputer) berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan sertakan juga dalam bentuk soft copy (salinan CD)

8. Tarikh Tutup

Tarikh tutup peraduan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia (hard copy dan soft copy) pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

9. Keaslian Karya

Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Peserta mesti bersedia untuk memperakukan keaslian karya yang dihantar itu.

10. Salinan Pertama

Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.

11. Nama Peserta

Nama Peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah karya tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.

12. Hadiah

Pertama : RM500.00 + Sijil

Kedua : RM300.00 + Sijil

Ketiga : RM200.00 + Sijil

5 Sagu Hati : RM100.00 Setiap Satu dan Sijil

13. Urus Setia

Alamat Urus Setia:

Urus Setia

Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Cerpen)
Majlis Guru Cemerlang Malaysia,
d/a: No. 7, Jalan Baung, Taman Bintang,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat

(u.p: AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN)
Tel: 4186690/ 012 7373690
E-Mel: azizulmdk@yahoo.com

Borang penyertaan rasmi

A. Judul Cerpen

i. …………………………………………………………

ii. …………………………………………………………


B. Butiran Diri

Nama Penuh:……………………………………………….

(Seperti dalam Kad Pengenalan)

No. Kad Pengenalan:………………………………………

DG :…………………………………………………..

Jantina: ……………………………………………………

Umur: ………………………………………………………

Alamat Sekolah: ………………………………………....

………………………………………………………………

………………………………………………………………

Alamat Rumah: …………………………………………..

………………………………………………………………

………………………………………………………………

No. Telefon Rumah: ………………………………………

No. Telefon Sekolah: ……………………………………..

No. Telefon Bimbit: ……………………………………….

E-Mel:………………………………………………………..


C. Perakuan Peserta

Dengan ini saya mengaku bahawa:

(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.

(ii) Cerpen yang tersebut di atas adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak penganjur berhubung dengan peraduan ini.


…………………………… ……………………

(Tandatangan) (Tarikh)


D. Perakuan Pentadbir

Dengan ini saya mengesahkan bahawa:

(Nama Peserta) ………………………………………………………….. ( No.


KP:……………………………………. Adalah Guru Cemerlang


Di Sekolah……………………………………………………………………….


…………………………...........

(Tanda Tangan Pengetua)



(Cop Sekolah) Tarikh:……………………..












PENERBITAN BUKU AMALAN TERBAIK P&P GURU CEMERLANG 2011
0 comments Posted by MGCJOHOR at 10:32 PM

PENGUMUMAN PENERBITAN BUKU

AMALAN TERBAIK P&P GURU CEMERLANG 2011


Guru-guru Cemerlang yang dihormati,

Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang untuk semua mata pelajaran.

Sehubunga dengan itu, MGCM mempelawa semua guru cemerlang untuk menghantar hasil penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

1. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu Baku dan panjangnya sekitar 2000 – 4000 perkataan (12 – 20 halaman kertas A4)

2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.

3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

4. MGCM berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan dalam berbuat demikian, kami berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada MGCM tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.

5. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar fototo diambil sendiri)

6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Ariel dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan disertakan juga dalam bentuk CD (soft copy).

7. Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi.

8. Setiap guru cemerlang boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah rencana sahaja.

9. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.

10. Penulis yang rencananya diterbitkan akan menerima sebuah buku dan honorarium yanag difikirkan sesuai.

11. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada MGCM pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

12. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut:

a. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)

b. Nama dan alamat sekolah

13. Hantarkan hasil penulisan dalam bentuk soft copy (CD) dan hard copy kepada:

AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
7, JALAN BAUNG, TAMAN BINTANG,
83500 PARIT SULONG
BATU PAHAT, JOHOR.
012 7373690


BORANG PENYERTAAN


A. JUDUL RENCANA

(I)………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

(II)………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

B. BUTIRAN DIRI


NAMA PENUH:…………………………………………………………………….


NO. KP: ……………………………………………………………………………..


DG:…………………………………………………………………………………….


ALAMATSEKOLAH:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….


ALAMATRUMAH:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….


NO. TEL SEKOLAH:………………………………………………………………

NO.TELRUMAH:…………………………………………………………………..

NO. TEL BIMBIT:………………………………………………………………….

E-MEL:………………………………………………………………………………..


C. PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya mengaku bahawa:

(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.

(ii) Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernahy disiarkan di mana-mana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan sertaa menerima segala keputusan pihak MGCM berhubung dengan penerbitan ini.


…………………………………..
(Tandatangan)


…………………………………….
(Tarikh)


(Cop Sekolah)

PERJUMPAAN PERTAMA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang.
Syabas diucapkan buat semua Guru Cemerlang yang telah dapat menghadirkan diri dalam perjumpaan pertama kita bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Taman Rinting 2 pada 19 Januari yang lalu. Dalam perjumpaan pertama ini, kita telah sama-sama bersepakat untuk melaksanakan beberapa lagi program untuk sepanjang tahun ini. Tidak lupa tahniah diucapkan buat Guru Cemerlang yang baru dilantik, dan selamat datang diucapkan kerana menjadi ahli baru majlis ini. Semoga perancangan kita akan membuahkan hasil yang menggalakkan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kecemerlangan yang berterusan. Selamat menjalankan tugas demi profesion dan anak bangsa tercinta. Wassallam.