RSS

Monday, February 28, 2011

MAKLUMAN AKTIVITI YANG DIRANCANG MGCJ

A. Pertandingan Kajian Tindakan MGC Negeri Johor
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains JohorMasa : 8.00 pagi - 4.30 petang

1. Dua kategori dipertandingkan:
a) Kategori Sekolah Menengah.
b) Kategori Sekolah Rendah

2. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ke pertandingan tersebut. Setiap peserta dikehendaki emailkan Kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon (mlyn02@yahoo.com) Pengerusi MGC daerah Kluang untuk tindakan lanjut.Dapatkan makluman selanjutnya dari pengerusi daerah masing-masing.


B. Perjumpaan Blogger MGC Negeri Johor 2011

Tempat : Pusat Latihan Perguruan Bandar Tengara
Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Pendaftaran : 2.00 petang

1. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ( Setiausaha dan Penolong Setiausaha)

2. Bayaran RM 50.00 untuk setiap peserta.

Objektif Program

1. Menyelaras dan berkongsi maklumat untuk blog MGCJ
2. Meningkatkan pengetahuan blogger
3.Meningkatkan peranan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru murid.
4. Melatih blogger baru .

3. Pihak Majlis Guru Cemerlang juga telah bersetuju untuk menjadi agen penyebar bagi program "Lesson Study" yang akan diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada semua guru-guru dalam usaha untuk mepertingkatkan k eberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Satu kursus akan diberikan kepada Guru Cemerlang yang terpilih sebagai moderator untuk menjayakan program ini.

4. Semua guru cemerlang sila dapatkan Buku Harian Rasmi dan buku terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2011 dari Pengerusi/ setiausaha daerah Masing-masing . Stok terhad siapa dulu dia dapat.

No comments:

Post a Comment