RSS

Saturday, January 30, 2010

30 Januari 2010- HARI KEDUA BERKURSUS


Rata-rata semua peserta begitu teruja dengan sesi ceramah pada hari ini. Semangat yang berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu sebanyaknya menghilangkan rasa kerinduan di hati kepada anak, isteri, suami dan tugas. Kemahiran yang begitu tinggi penceramah iaitu En. Ismail bin Yon telah berjaya membuka hati yang selama ini terkambus dengan kedunguan dan kejahilan terhadap blog. Namun semua itu dapat diatasi dengan bunga bahasa penceramah yang dapat menyegarkan minda. Terima kasih tuan. Kursus yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 malam ini telah membuka ruang lingkup untuk menyusuri ranjau kesukaran yang akhirnya semua peserta tiba di gerbang kejayaan. Tamat.

No comments:

Post a Comment