RSS

Thursday, January 20, 2011

PERJUMPAAN PERTAMA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Guru Cemerlang daerah Pasir Gudang.
Syabas diucapkan buat semua Guru Cemerlang yang telah dapat menghadirkan diri dalam perjumpaan pertama kita bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Taman Rinting 2 pada 19 Januari yang lalu. Dalam perjumpaan pertama ini, kita telah sama-sama bersepakat untuk melaksanakan beberapa lagi program untuk sepanjang tahun ini. Tidak lupa tahniah diucapkan buat Guru Cemerlang yang baru dilantik, dan selamat datang diucapkan kerana menjadi ahli baru majlis ini. Semoga perancangan kita akan membuahkan hasil yang menggalakkan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kecemerlangan yang berterusan. Selamat menjalankan tugas demi profesion dan anak bangsa tercinta. Wassallam.

No comments:

Post a Comment