HARI INI KAMI BERHIMPUN
MENGUNGKAP SERIBU MAKNA
NAMUN AKU GAGAHKAN JUA
DEMI
SEGUNUNG ILMIAH
YANG MULANYA
MERESAHKAN BENAK KU
NAMUN
SETELAH PENGHUJUNGNYA TIBA
AKU KEMBALI CERIA
KERANA AKU AKAN KEMBALI
KE TEMPAT ASAL
GEMBIRANYA AKU
TETAPI
DI SEBALIK KEGEMBIRAAN ITU
AKU MEMBAWA SEGUNUNG HARAPAN
MENYALUR WADAH KEPADA RAKAN TAULAN
KU HARAPKAN
MEREKA GEMBIRA
PABILA AKU BERCERITA
BUAT ISMAIL YON
SEGUNUNG PENGHARGAAN
TIDAK KU LUPA
MGC JOHOR TERBILANG
INILAH
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
ZAM DAN GEE
NKRA
Saturday, January 30, 2010
31 Januari 2010 - HARI KETIGA KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG
Pada hari ini kami turun dari kamar beradu dengan debaran yang tidak terucap. Para peserta akan membuat persembahan laman blog masing-masing. Sudah cukupkah ilmu yang ditimba? Rasanya kami masih baru bertatih, namun dengan pengetahuan yang diperoleh, rasanya kami sudah mampu untuk meneruskan pengetahuan yang ada dalam melahirkan laman blog yang bermakna. Semoga impian akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan. Amin.
30 Januari 2010- HARI KEDUA BERKURSUS
Rata-rata semua peserta begitu teruja dengan sesi ceramah pada hari ini. Semangat yang berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu sebanyaknya menghilangkan rasa kerinduan di hati kepada anak, isteri, suami dan tugas. Kemahiran yang begitu tinggi penceramah iaitu En. Ismail bin Yon telah berjaya membuka hati yang selama ini terkambus dengan kedunguan dan kejahilan terhadap blog. Namun semua itu dapat diatasi dengan bunga bahasa penceramah yang dapat menyegarkan minda. Terima kasih tuan. Kursus yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 malam ini telah membuka ruang lingkup untuk menyusuri ranjau kesukaran yang akhirnya semua peserta tiba di gerbang kejayaan. Tamat.
KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG GURU CEMERLANG 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)